Dec 10, 2010

Aeril zafrel (Suhairil Sunari)

tak dapat belajar kalau jadi classmate,,haha


hotnyer,,haha



nama dia jadi keyword paling bnyak dalam blog aku,,kacak x?hehe,,2/12 ari tu besday dia,,n umur dia sekarang 22,,hehe

ni info dari wikipedia pasal aeril :

Suhairil bin Sunari atau nama komersialnya Aeril Zafrel merupakan seorang model dan pelakon remaja popular diMalaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama. Kelibatnya juga dilihat dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima dan terbaru Durja Ningsun di TV3.
Aeril yang berasal dari Kluang, Johor merupakan anak angkat kepada Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an. Beliau telah diambil sebagai anak angkat oleh Khairil sejak berusia 16 tahun. Aeril pada awalnya sukar untuk menyesuaikan diri tinggal di kota dan asyik teringatkan kehidupan di kampung halamannya namun lama kelamaan beliau menjadi seronok kerana dapat mengenal dunia baru di Kuala Lumpur. Khairil merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila dia membawa remaja kacak ini ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara pada tahun 2007.
Pada tahun 2010, Khairil Khamis telah meninggal dunia dan kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah ayah angkatnya itu

4 tahun pertama pembabitan Aeril dalam dunia lakonan tidak begitu memberangsangkan. Lakonan Aeril sering dkritik namun pelakon remaja ini tidak berputus asa. Selepas tidak lagi menyertai siri Kisah Kaisara untuk musim kedua, Aeril bersama seorang rakan menubuhkan sebuah kumpulan bernama CanDo Sahaja pada tahun 2008. Kumpulan ini disunting oleh label Secondlife. [1]
CanDo Sahaja dianggotai Aeril dengan menggunakan nama Farel bersama temannya, Delly. Bakat nyanyian mereka telah dicungkil oleh penulis lirik Adinda Amiro. Setelah menjalani proses rakaman serta kelas vokal intensif, ‘single’ dari kumpulan ‘CanDo Sahaja’ sepatutnya boleh dinikmati oleh peminat-peminat bidang seni suara pada awal Februari 2009 namun sebaliknya berlaku. Karier nyanyian Aeril terkubur begitu sahaja apabila perancangan menerbitkan album mereka dibatalkan. Lebih malang lagi, Aeril dan Delly terheret dalam kancah kontroversi apabila gambar promo kumpulan tersebut yang menonjolkan aksi mereka di atas ranjang (dengan hanya berselimut) dijadikan isu hangat serta dibincangkan di forum-forum internet.
Selepas kontroversi tersebut dan kematian bapa angkatnya, Aeril tampil dengan nama komersial baru - Airel Zafrel selepas beberapa kali bertukar nama (bermula dengan nama Airil Yayang ke Suhairil Suhari ke Aeril Sunari dan Farel). Tuah memihak kepadanya apabila lakonan beliau bersama pelakon remaja Nurul Elfira Loy sebagai anak kepada Norman Hakim & Marissa Yasmin dalam siri TV Senja Permai berjaya meraih perhatian ramai.
Seterusnya Aeril disunting pula untuk membintangi dua buah filem iaitu arahan pengarah tersohor Mamat Khalid berjudul Hantu Mak Limah Pulang Ke Rumah dan juga filem Aku Tak Bodoh. Bintang Aeril terus dicungkil oleh pengarah prolifik Ahmad Idham apabila beliau diberi peluang memegang watak utama dalam siri TV Durja Ningsun bersama aktres remaja Erin Malik pada tahun 2010.
Selain aktif dalam bidang lakonan, Aeril juga sering menjadi peragawan untuk pertunjukan fesyen dan pelancaran produk. Beliau kini dikatakan sedang mencari peluang untuk berlakon di negara jiran Indonesia pula selepas ini.