Selama tuhanmu ada, takkan engkau tercela - Fynn Jamal

0

Salam,

Serius aku suka fynn jamal dah lama, aku beli buku sajak dia, puisi tepi jalan, aku stalker instagram dia hari-hari, aku hadap youtube dia tiap kali dia update. aku kagum karya seni dia dan aku kipas-susah-mati Juna,

Kok ping, maafkan saya curi gambar Juna dekat Instagram . curi caption kok ping, saya xnak kena denda. hehe. sebenarnya saya kagum dengan Fynn Jamal, cara dia sayang anak dia, cara dia jaga anak dia, caption-caption instagram pasal anak dia. kalau Juna besar nanti, scroll instagram mummy dia, sure nangis, kasihnya mummy dekat awak Juna. Huhu. kita pulak yang terharu and rindu mak kite. huhu

anak yang baik. anak yang manis. anak yang menurut kata. anak yang manja. anak saya. mestilah saya cuma reti puji puja. bak kata atok dad dia-- tahi anak saya pun comel2 sahaja. wahahahaha. kalau bukan kita yang kasih setiap kekurangan anak kita-- siapa lagi?

as per written in the info up there; i am-- literally-- a defensive mother. nampak tak grip tu? haaaa. gitu la dia. betapa obsessifnya aku pada dia; begitu eksplosif dan kalau tak diperjaga-- boleh jadi destruktif. tahu sahajalah aku-- kalau sudah kasih-- memang full throttle. hahaha. i might die tomorrow. i do not want my husband and my son wonders how much i love them; i want them to always know.

semua anak lahir dengan rezeki masing2. aku rasa-- dan ada sedikit yakin-- rezeki yang juna bawak adalah kasih sayang. dia membawa beribu orang bersama-- berkasih sesama. terima kasih semua, sebab kasihkan anak aku-- tanpa mengira dia siapa.


tuhan itu baik. walau pun tidaklah juna ini dari rahim aku, dari benih daddynya-- terlalu banyak kami pada juna. pada iras wajah. pada sifat. pada jasad. bagaimanalah mampu setiap kemiripan ini terjadi kalau bukan semata dari ihsan tuhan. kan? sebab ibu bapa bukan setakat pada nasab dan nama. tapi pada yang menjaga. orang boleh kata "apa kau tau, bukan kau yang melahirkannya"-- tapi ah. 9 bulan di perut takkan beritahu apa makanan kegemarannya, bagaimana dia sukakan ditidurkan, apa yang menjadikan sedihnya tak tertahan. kan? here is to all adoptive parents out there. endlessly judged for we can never be seen as our children's rightful parents. tapi ah. orang bangang je anggap this adoptive vs biological parents fight ni sebagai competition. sebab entahlah. bukan ada piala pun. aku ada juna. nak apa lagi?

Saat aku update entry ni aku sebak gile, siap nangis-nangis macam tulis surat kat boyfren lepas putus cinta.sambil-sambil dengar lagu youtube arjuna beta tu. muka dah buruk sesangat dah. haha. pastu abang aku yang belum tidur tetiba turun dari bilik dia, aku lap air mata aku cepat2 sampai hidung aku pedih sebab lap kuat sangat. haha. bodoh :p




Paling aku suka dekat lirik ni. and lagu ni aku suka sangattt. giler suka, gile-gile. hahaha. sayang Arjuna! and sayang Fynn Jamal jugak. tapi nak sayang Arjuna lebih2 sikit boleh. hehe. 



Selama tuhanmu ada, takkan engkau tercela - Fynn Jamal

Sape nak sayang arjuna, boleh visit IG ni : http://instagram.com/fynnjamal . Confirm korang jatuh sayang, macam yang aku selalu rasa. Sayang Arjuna! again :p 


Update : aku malu nak cakap, sebenarnya aku sayang abah aku, walaupon dia bukan ayah kandung aku, dia jaga aku macam anak sendiri. kalau salam abah, aku tak pernah cium pipi abah macam anak-anak abah buat, sebab malu. sebab aku rasa aku bukan anak dia yang sebetulnya, aku cuma tumpang kasih sayang dia. tapi takpe, aku akan jaga dia balik macam dia jaga aku dulu. bagi kebahagian selagi mampu :(

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)