Mad Max : Fury Road | Movie Review

0

Another Movie Review! Yeay!

Hari tu iday dapat movie tiket free dari company, kitorang advertise dengan TGV, so dapat advertiser pass. Hehehehe Mula-mula ingat nak pakai tiket free tengok Pitch Perfect 2 buat kali ke-2, tapi bila tengok trailer Mad Max : Fury Road ni macam best pulak. 



Lagi-lagi bila dapat tahu Nicholas Hoult ada berlakon. Iday suka betul dia belakon, dia ni bagi iday version Johnny Depp ala moden, pandai bawa pelbagai watak. Hehehe

Trailer Mad Max : Fury Road >>



Sinopsis Mad Max : Fury Road >>

Cerita tentang Max (Tom Hardy) ditangkap oleh geng-geng Immortan Joe. Dijadikan bekalan darah untuk salah seorang pengikut Immortan Joe iaitu Nux (Nicholas Hoult). Tiba-tiba kecoh tentang Furiosa (Charlize Theron) dalam cubaan menyelamatkan semua isteri-isteri or pembiak kepada Immortan Joe, salah seorang darinya mengandung anak Immortan Joe. 

Nux ingin turut serta dalam operasi mendapatkan balik isteri-isteri Immortan Joe, walaupon masih lemah, dia tetap nekad dan membawa bekalan darahnya iaitu Max. 


Serius scary gila, kau angkut orang letak kat depan macam tu then kau fight2 dengan kereta lain, siap tembak2. Cuak giler. Bagi iday movie ni memang best. Mata ni dekat movie je, takde part bosan pon. Hahaha

Nicholas Hoult memang cool la. Suka giler tengok dia berlakon. Memang puas hati tengok movie ni. Korang boleh la tengok dekat wayang nanti ye. Hehehehe

Sekarang iday nak senaraikan watak-watak feveret iday. Heheheeh



1. Nux (Nicholas Hoult)

Dah terang-terang aku suka dia. Dia berlakon dalam movie ni pon best gila. Mula-mula confuse, dia ni jahat ke dalam cerita ni. Hahaha Tapi ending untuk Nux dalam cerita ni memang aku tak sangka. Iday rasa dia la hero dalam movie ni sebenarnya. SERIUS!


Time ni dia rapat dengan Capable (Riley Keough) . Comel sangat diorang. Hehehe


2. Max ( Tom Hardy)

Watak utama kan, taknak komen banyak. tapi dia memang nampak hensem dalam movie ni. Hahahaha Aku rasa ramai yang nak tengok movie ni sebab dia kan. Hehehe


3. Capable & The Splendid Angharad

Iday suka betul watak dua orang ni. Yang Angharad ni memang kuat la and kesayangan Immortan Joe. Dahla cantik, then pregnant plus berani. Tapi sayanggg.... okay kena tengok sendiri. hehehe




Iday suka Capable sebab dia rapat dengan Nux, comel sangat diorang ni. Hehe



4. Furiosa

Bila tengok Furiosa, iday teringat 1 watak askar dalam War World Z yang kena potong tangan tu. Watak Furiosa dalam cerita ni memang watak penting, dia juga pengikut paling kuat Immortan Joe. 




So, bagi iday movie ni best! Tak rugi kalau korang tengok dekat wayang. Lagipon diorang tengah 2nd top lepas Pitch Perfect 2, mendahului Avenger. 

Iday bagi 9/10 bintang. 



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)